Snippet
  
2/20/2025No

​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) Ke-414 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei Shell Marketing Sendirian Berhad (BSM) Ke-192 bagi Suku Pertama tahun 2025. Mesyuarat tersebut berlangsung di bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM).


  
2/19/2025No

​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei LNG Sendirian Berhad (BLNG) Ke-225 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei Gas Carriers Sendirian Berhad (BGC) Ke-111 bagi Suku Pertama tahun 2025. Mesyuarat tersebut berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri.​



  
12/10/2024No

​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) Ke-413 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei Shell Marketing Sendirian Berhad (BSM) Ke-191 bagi Suku Keempat tahun 2024. Mesyuarat tersebut berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

  
12/9/2024No

​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei LNG Sendirian Berhad (BLNG) Ke-224 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei Gas Carriers Sendirian Berhad (BGC) Ke-110 bagi Suku Keempat tahun 2024. Mesyuarat tersebut berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

  
9/27/2024No

​Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri and Menteri Pertahanan II, kini berada di Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Lao bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) kali ke-42 dan Mesyuarat-Mesyuarat yang Berkaitan Dengannya yang diadakan di Pusat Konvensyen Nasional, Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Lao pada 26 – 27 September 2024. Yang Berhormat merupakan menteri yang bertanggungjawab ke atas Tenaga turut diiringi oleh Tuan Yang Terutama Haji Rosli bin Haji Yacub, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Rakyat Lao, Yang Mulia Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib, Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri selaku Ketua Pegawai Kanan Tenaga ASEAN bagi Negara Brunei Darussalam dan pegawai-pegawai dari Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.​

  
9/25/2024No

​Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-Jabatan dibawahnya petang tadi mengadakan Ceramah Khas sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Allaihi Wassallam yang bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Jabatan Perdana Menteri. Hadir selaku Tetamu Khas di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

  
9/15/2024No

​Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bertempat di Masjid Ash-Shaliheen. Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.


  
9/12/2024No

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya hari ini meneruskan lagi Majlis Dikir Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali, Pemangku Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri.

  
9/10/2024No

​Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya hari ini meneruskan lagi Majlis Dikir Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Masjid Hassanal Bolkiah, Daerah Tutong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri.

  
9/10/2024No

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) Ke-412 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei Shell Marketing Sendirian Berhad (BSM) Ke-190 bagi Suku Ketiga tahun 2024. Mesyuarat tersebut berlangsung di bangunan Jabatan Perdana Menteri.

  
9/9/2024No

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei LNG Sendirian Berhad (BLNG) Ke-223 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei Gas Carriers Sendirian Berhad (BGC) Ke-109 bagi Suku Ketiga tahun 2024. Mesyuarat tersebut berlangsung di bangunan Jabatan Perdana Menteri.

  
9/5/2024No

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-Jabatan dibawahnya hari ini meneruskan lagi Majlis Dikir Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, disertai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan JPM dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

  
9/4/2024No

​12 Rabiulawal merupakan tarikh kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan menjadi kelazimannya masjid-masjid, balai-balai ibadat dan surau-surau seluruh negara diimarahkan dengan selawat dan dikir sepanjang 12 malam berturut-turut bermula dari 01hb Rabiulawal. Sempena memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada tanggal 12 Rabiulawal tahun ini, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya mengadakan Majlis Pembukaan Dikir berlangsung di Jame 'Asr Hassanil Bolkiah. Hadir selaku Tetamu Kehormat Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. 

  
1/31/2024No

​Mesyuarat Pegawai Kanan Khas ASEAN bagi Tenaga 2024 (ASEAN Special SOME 2024) dan Mesyuarat Bersekutunya telah diadakan pada 30 Januari hingga 1 Februari 2024 di Pullman Hotel and Resort, Luang Prabang, Lao PDR. Mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib, Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri Pegawai Kanan Peneraju Tenaga bagi Negara Brunei Darussalam. 

  
11/30/2023No

​Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri OPEC dan Bukan OPEC (ONOMM) ke-36 secara maya.​

  
8/26/2023No

​Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menghadiri Mesyuarat Menteri – Menteri Tenaga ASEAN dan Mesyuarat-Mesyuarat Yang Berkaitan Dengannya (AMEM) kali ke-41 yang diadakan di Bali Nusa Dua Convention Centre, Bali, Republik Indonesia, pada 24 – 26 Ogos 2023. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II diiringi oleh Yang Mulia Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga) selaku Ketua Pegawai-Pegawai Kanan Tenaga ASEAN bagi Negara Brunei Darussalam, dan pegawai- pegawai dari Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.

  
8/16/2023No

​Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri and Menteri Pertahanan II, kini berada di Seattle, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Tenaga Kerjasama Ekonomi Asia- Pasifik (APEC EMM) diadakan pada 15hb hingga 16hb Ogos 2023 di Pusat Konvensyen, Seattle. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II turut diiringi oleh Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Washington D.C., Amerika Syarikat, dan pegawai dari Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.​

  
7/10/2023No

​​​Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam, dengan kerjasama ASEAN Centre for Energy (ACE) dan Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) sedang menganjurkan Seminar Tenaga selama dua hari bermula 10-11 Julai 2023 yang bertujuan bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan diperingkat serantau dan meningkatkan kefahaman mengenai dengan proses mempercepatkan peralihan tenaga yang saksama. Bertemakan “A Just Energy Transition Towards Green and Sustainable Development in Southeast Asia", seminar ini menghimpunkan pakar-pakar  serantau dan tempatan, pihak-pihak berkepentingan dalam industri tenaga, ahli -ahli akademik, penyelidik-penyelidik, pegawai-pegawai kerajaan, institusi-institusi kewangan dan belia untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbincangan dan penyampaian bagi seminar tersebut. Seminar ini diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) sebagai sebahagian daripada siri seminar yang dianjurkan bersempena dengan Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2023 (Brunei MYCE 2023). Hadir selaku Tetamu Kehormat semasa majlis pembukaan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

  
6/24/2023No

​Mesyuarat Asia Zero Emission Community Senior Officials' Meeting kali pertama (ASOM1) telahpun bersidang di Jakarta, Republik Indonesia pada 24hb Jun 2023. Hadir pada Mesyuarat tersebut selaku Ketua Delegasi dari Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ahli Rasmi Kanan AZEC (Ahli ASOM) Negara Brunei Darussalam.

  
6/24/2023No

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Haitham Al-Ghais, Setiausaha Agung, Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC), yang mengadakan lawatan kerja selama empat (4) hari ke Negara Brunei Darussalam.

  
11/26/2022No

​Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad selaku ahli Kumpulan Kerja Majlis Perancangan dan Pekerjaan Tenaga Manusia (MPEC) berharap para pelajar akan terus mengaplikasikan dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan yang telah mereka perolehi sepanjang 15 bulan latihan mereka, untuk memanfaatkan sepenuhnya mereka serta pengalaman industri untuk menjadi aset yang berharga kepada syarikat mereka.

  
11/19/2022No

Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa DES akan menjalankan kerja-kerja naik taraf sistem meter prabayar pada hari Isnin, 26hb Rabiulakhir 1444 bersamaan 21 November 2022 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang.

  
11/15/2022No

Petronas Carigali Brunei Ltd (PCBL) menanam 500 pokok di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, Bandar Seri Begawan sempena sambutan Hari Alam Sekitar tahunan syarikat itu.

  
11/9/2022No

​Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (R) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam, telah menghadiri Mesyuarat Antara Muka Menteri mengenai Agenda Pembangunan Mampan di bawah Komuniti Ekonomi ASEAN secara maya pada 9 November 2022. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri diiringi oleh Yang Mulia Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga) di Pejabat Perdana Menteri, selaku Pegawai Kanan bagi Pemimpin Tenaga Negara Brunei Darussalam, serta pegawai-pegawai dari Jabatan Tenaga di Pejabat Perdana Menteri.

  
11/8/2022No

​Pihak Berkuasa Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), dengan kerjasama JobCentre Brunei (JCB) di bawah Majlis Perancangan dan Pekerjaan Tenaga Manusia (MPEC), mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak bagi Skim Perantisan SHENA di Dewan Bankuet, Pejabat Perdana Menteri.

  
10/30/2022No

​Seramai tujuh belas pemilik kedai dari Daerah Tutong telah dijemput ke sesi taklimat anjuran Bahagian Peralihan Tenaga, Jabatan Tenaga di Pejabat Perdana Menteri (PMO), mengenai Garis Panduan Penjimatan Tenaga bagi pasar mini di Dewan Seri Kenangan, Pekan Tutong semalam.

  
10/27/2022No

​Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam, kini berada di Republik Singapura menghadiri Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura ke-15 (SIEW 2022) yang diadakan pada 25 hingga 28 Oktober 2022 di Sands Expo and Convention Centre,  Marina Bay Sands. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri diiringi oleh Yang Mulia Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga), Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam serta pegawai-pegawai dari Jabatan Tenaga di Pejabat Perdana Menteri.

  
10/26/2022No

​Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao, Thongloun Sisoulith dan delegasinya melawat Makmal Tenaga Seria (SEL) dan Brunei LNG Sdn Bhd (BLNG) di Kawasan Belait semalam sebagai sebahagian daripada lawatan negara selama tiga hari.

  
10/25/2022No

​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao telah berangkat ke Baitul Mesyuarah untuk mengadakan Mesyuarat Dua Hala.

  
10/17/2022No

​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan  Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang  Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina; menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kerajaan  Bangladesh; dan melawat Muzium Peringatan Bangabandhu. Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Putera 'Abdul Mateen.

1 - 30Next