Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa JPE akan menjalankan kerja-kerja menaik taraf sistem meter prabayar pada hari Isnin, 26hb Rabiulakhir 1444 bersamaan 21 November 2022 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang.
Semasa kerja-kerja menaik taraf tersebut, semua pembelian token prabayar melalui Mesin Deposit Tunai (CDM), PowerKad, SMS DST dan perbankan dalam talian akan terjejas.
Oleh itu, DES ingin menasihati pelanggannya yang ingin membeli token meter prabayar untuk berbuat demikian sebelum kerja menaik taraf.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Darussalam 123.