Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri and Menteri Pertahanan II, kini berada di Seattle, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Tenaga Kerjasama Ekonomi Asia- Pasifik (APEC EMM) diadakan pada 15hb hingga 16hb Ogos 2023 di Pusat Konvensyen, Seattle. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II turut diiringi oleh Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Washington D.C., Amerika Syarikat, dan pegawai dari Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.
Dengan tema “Saling Berhubung. Inovatif. Inklusif", APEC EMM tahun ini, merupakan mesyuarat pertama dalam lapan (8) tahun ini yang bertujuan untuk mencapai objektif menyeluruh Wawasan APEC Putrajaya 2040 bagi “Asia-Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan keamanan komuniti menjelang 2040, untuk kemakmuran semua rakyat dan generasi yang akan datang". Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Yang Terutama Jennifer M. Granholm, Setiausaha Tenaga, Amerika Syarikat, yang menyampaikan dialog yang meluas diantara ekonomi APEC, industri swasta dan pihak berkepentingan yang lain mengenai strategi berkesan untuk mempercepatkan peralihan tenaga yang bersih, mampan dan inklusif melalui perbincangan didalam tiga (3) sesi utama iaitu Sektor Penyahkarbonan Kuasa (Power Sector Decarbonization), Mitigasi Methane (Methane Mitigation) dan Peralihan Tenaga yang Adil (a Just Energy Transition).
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat pada Sesi Dekarbonisasi Sektor Kuasa, yang menekankan usaha dan laluan Negara Brunei Darussalam dalam penyahkarbonan (decarbonization) sektor tenaganya melalui tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga serta inisiatif pemuliharaan. Yang Berhormat juga berkesempatan mengadakan sesi rangkaian (networking session) dengan Ketua Perwakilan lain dari ekonomi APEC, termasuk Puan Yang Terutama Jennifer M. Granholm; Tuan Yang Terutama Arifin Tasrif, Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Republik Indonesia; dan Tuan Yang Terutama Dr. Tan See Leng, Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri, Republik Singapura.
Program Mesyuarat juga termasuk aktiviti lawatan ke Syarikat First Mode, yang merupakan Syarikat Teknologi Tenaga Bersih dan Pusat Geotermal di Kampus Microsoft, yang berfungsi sebagai pusat kuasa bagi kampus tersebut.