Pengenalan
Pada 21hb Mei 2022, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telahpun mengurniakan titah perintah bagi penubuhan Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri. Dengan matlamat utama untuk menyokong agenda pembangunan negara ke arah ekonomi yang dinamik dan mampan, Jabatan menyumbang kepada pembangunan Sektor Tenaga negara termasuk Minyak dan Gas, Sektor Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui. Pada tahun 2022, Sektor Tenaga menyumbang 58.8% daripada jumlah KDNK negara.