Jawapan:
Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan pihakautoriti yang berkenaan untuk mengongsikan terlebih awal semua perancangan yang menjurus kepada permintaan bekalan elektrik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah sektor masing-masing untuk penyelarasan infrastruktur yang bertepatan dengan permintaan yang diperlukan. Pada masa ini, kaola juga ingin mengongsikan bahawa Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri telahpun membekalkan kuasa elektrik kepada beberapa pengusaha. Ada yang dalam peringkat pelaksanaan dan ada juga peringkat perancangan. Ke arah ini, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri akan selalu bekerjasama rapat dengan pihakpihak kementerian yag lain bagi memastikan perancangan yang holistik dan sejajar dengan pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Dalam pada masa yang sama adalah juga wajar bagi pengusaha yang bergantung kepada bekalan elektrik dan berkemungkinan menghadapi risiko yang serupa, untuk menyediakan emergency generator persendirian sebagai backup pada setiap masa sepertimana juga yang sedia dipraktikkan dimana-mana perusahaan pada masa ini.