Artikel

Energy Efficiency (Standard and Labelling) Order, 2021
Ahad, 1 Ogos 2021

Energy Efficiency (Standards and Labelling) Order, 2021 yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Kementerian Tenaga menetapkan keperluan piawai untuk pengimportan peralatan elektrik yang cekap tenaga ke negara ini. Perintah itu adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian Tenaga ke arah mencapai laluan tenaga yang lebih hijau untuk menggalakkan penggunaan lebih banyak lagi peralatan cekap tenaga di negara ini yang mana ianya dihasratkan akan dapat membawa manfaat dan memberi impak, kewangan, ekonomi dan alam sekitar untuk perniagaan dan pengguna.

Pasaran peralatan elektrik nasional boleh ditakrifkan secara meluas sebagai terdiri daripada peralatan cekap tenaga dan sub-standard. Memandangkan pasaran semasa perintah itu bertujuan untuk memberhentikan pengimportan atau penjualan produk yang tidak memenuhi Piawaian Prestasi Tenaga Minimum (penarafan minumun 1 bintang) secara berperingkat pada masa yang sama mendidik orang ramai dan pengguna untuk menggunakan peralatan elektrik yang lebih cekap tenaga dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan produk cekap tenaga adalah salah satu cara paling kos efektif untuk mengurangkan penggunaan elektrik, yang seterusnya membawa kepada pengurangan bil elektrik bulanan.

Perintah itu akan dilaksanakan secara berperingkat, pertama melibatkan peralatan sistem penghawa dingin dan diikuti oleh peralatan elektrik rumah intensif tenaga yang lain. Sistem penghawa dingin menyumbang hampir kepada 60% daripada penggunaan elektrik yang mana penggunaannya adalah di hampir semua rumah, bangunan kerajaan dan komersial di Brunei Darussalam menurut laporan yang diterbitkan oleh ASEAN-SHINE pada 2015.

Pada masa ini dalam tempoh tangguhnya dari 14hb Jun 2021 hingga 13hb Jun 2022, perintah ini masih membenarkan pembekal untuk menjual baki stok produk yang tidak memenuhi piawaian baharu. Selain itu, mana-mana sistem penyaman udara sub-standard yang telah dipasang di premis sebelum tarikh penguatkuasaan penuh perintah ini tidak akan terjejas.

Perintah ini juga akan memperkenalkan Skim Pelabelan menggunakan sistem penarafan bintang untuk menyediakan maklumat yang relevan sebagai cara untuk mendidik orang ramai dan pengguna tentang tahap kecekapan tenaga bagi peralatan elektrik yang terdapat di pasaran, di mana lebih banyak bintang menunjukkan lebih cekap tenaga. Oleh itu, orang ramai akan dapat mengenali dan dibimbing tentang pilihan peralatan cekap tenaga yang dijual di pasaran. Mulai bulan depan, Kementerian akan memulakan beberapa jerayawara di semua daerah untuk mendidik orang ramai mengenai dengan perintah tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai dengan perintah tersebut, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Tenaga Lestari, Kementerian Tenaga di talian 2384488 samb 1298 atau e-mel di sed@energy.gov.bn.

|   TERKINI