PENDAFTARAN SEBAGAI PEMBEKAL / KONTRAKTOR / PEMASANG SOLAR PV

Pendaftaran Sebagai Pembekal / Kontraktor / Pemasang Solar PV

Kontraktor PV Solar termasuk pemasang dan pembekal di Negara Brunei Darussalam adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Jabatan Tenaga, Huluan dan Hiliran.

KELAYAKAN

Jika Kontraktor Solar PV ingin menjadi Pemasang atau/dan Pembekal yang berdaftar di bawah Jabatan Tenaga, Huluan dan Hiliran, perlulah mendaftar di bawah ABCi dan memperolehi dokumen berikut:

 

    • Untuk didaftarkan sebagai Pembekal Solar PV, sila mendaftar di bawah ABCi (P05)
    • Untuk didaftarkan sebagai Pemasang Solar PV, sila mendaftar di bawah ABCi (E01)
    • Untuk didaftarkan sebagai Pembekal & Pemasang Solar PV, sila mendaftar di bawah ABCi (P05) dan (E01)

    CARA MEMOHON

    Kontraktor PV Solar yang berminat boleh menghadapkan permohonan melalui langkah-langkah berikut:-

    • Langkah 1:

    Hantarkan borang pendaftaran yang lengkap bersama-sama dokumen yang berkaitan kepada Jabatan Tenaga, Huluan dan Hiliran melalui e-mel di renewable.energy@energy.gov.bn

    • Langkah 2:

    Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

     

    Untuk maklumat lanjut, awda boleh merujuk kepada Garis Panduan Proses Untuk Pendaftaran Pembekal / Kontraktor/ Pemasang Solar PV.

      MUAT TURUN