Program Net Metering
Program Net-metering adalah mekanisme yang membolehkan lebihan tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sistem Solar PV untuk dieksport ke grid nasional untuk pertukaran kredit tenaga.
KELAYAKAN
- Pemohon adalah pelanggan yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE).
- Pemohon adalah bebas dari tunggakan bil elektrik sebelum membuat pemasangan Net-metering.
- Hanya dihadkan kepada pemasangan Solar PV dengan kapasiti minima 1kW dan tidak melebihi daripada 1MW atau 1000kW.
- Program Net-metering adalah terbuka kepada semua kategori dalam struktur tarif berikut:
-
-
- Sektor Perumahan
- Sektor Kerajaan
- Sektor Komersial
- Sektor Perindustrian
-
-
- Tenaga elektrik hendaklah dihasilkan daripada teknologi Solar PV sahaja.
- Pengguna yang telah didapati melakukan kesalahan di bawah Electricity Act, Chapter 223 yang berkaitan adalah tidak berkelayakan untuk memohon Program Net-metering.
CARA MEMOHON
Orang awam (sektor perumahan, kerajaan, komersial, perindustrian) yang berminat boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:
- Langkah 1:
Pengguna perlulah melantik sendiri Kontaktor atau Pemasang bagi proses permohonan Net-metering.
- Langkah 2:
Kontraktor atau Pemasang hendaklah melengkapkan dan menyediakan semua dokumen serta sijil yang berkaitan dengan Net-metering sebelum menghantar permohonan tersebut kepada Jabatan Tenaga.
Pemohonan bolehlah merujuk kepada Garis Panduan Net-metering untuk maklumat lanjut.
