Pendaftaran Sebagai Pembekal / Kontraktor / Pemasang Solar PV
Kontraktor PV Solar termasuk pemasang dan pembekal di Negara Brunei Darussalam adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Jabatan Tenaga.
KELAYAKAN
Jika Kontraktor Solar PV ingin menjadi Pemasang atau/dan Pembekal yang berdaftar di bawah Jabatan Tenaga, perlulah mendaftar di bawah ABCi dan memperolehi dokumen berikut:
-
- Untuk didaftarkan sebagai Pembekal Solar PV, sila mendaftar di bawah ABCi (P05)
- Untuk didaftarkan sebagai Pemasang Solar PV, sila mendaftar di bawah ABCi (E01)
- Untuk didaftarkan sebagai Pembekal & Pemasang Solar PV, sila mendaftar di bawah ABCi (P05) dan (E01)
CARA MEMOHON
Kontraktor PV Solar yang berminat boleh menghadapkan permohonan melalui langkah-langkah berikut:-
- Langkah 1:
Hantarkan borang pendaftaran yang lengkap bersama-sama dokumen yang berkaitan kepada Jabatan Tenaga melalui e-mel di renewable.energy@energy.gov.bn
- Langkah 2:
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.
Untuk maklumat lanjut, awda boleh merujuk kepada Garis Panduan Proses Untuk Pendaftaran Pembekal / Kontraktor/ Pemasang Solar PV.
