Berita

Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri Terima Kunjungan Hormat Daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan Ke Negara Brunei Darussalam
Selasa, 26 Ogos 2025

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, hari ini menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Janbaz Khan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai dengan potensi kerjasama dalam sektor tenaga diantara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan.

Kedua-dua negara berkongsi hubungan dua- hala yang mesra yang mempunyai kepentingan bersama merentasi pelbagai bidang kerjasama.

|   TERKINI