Berita

Mesyuarat Asia Zero Emission Community Senior Officials’ Meeting kali pertama (ASOMI)
Sabtu, 24 Jun 2023

Mesyuarat Asia Zero Emission Community Senior Officials’ Meeting kali pertama (ASOMI) telahpun bersidang di Jakarta, Republik Indonesia pada 24hb Jun 2023. Hadir pada Mesyuarat tersebut selaku Ketua Delegasi dari Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ahli Rasmi Kanan AZEC (Ahli ASOM) Negara Brunei Darussalam.

Mesyuarat telah dirasmikan dengan Ucapan Khas oleh Tuan Yang Terutama Arifin Tasrif, Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Republik Indonesia yang kemudiannya diikuti dengan Ucapan Perasmian oleh Mr. Ryo Minami, Ahli ASOM Jepun. Semasa mesyuarat itu, Jepun sebagai perintis inisiatif Komuniti Sifar Pelepasan Asia (AZEC) mengumumkan sokongan mereka dalam bidang pemindahan teknologi, kewangan dan sumber manusia.

Bagi menyokong rangka kerja Sifar Bersih, Jepun juga telah membentangkan tiga kajian kes mengenai Pelan Induk Hidrogen dan Ammonia AZEC-1, 2) Pemahaman Bersama dan Piawaian Teknologi untuk CCS dan 3) Promosi lanjut Mekanisme Kredit Bersama. Delegasi peringkat tinggi mesyuarat dan peserta membincangkan dan memberi pandangan mengenai sokongan dan penyelarasan dasar di bawah AZEC.

Mesyuarat tersebut menghimpunkan ahli ASOM dari ASEAN, Jepun, Australia serta delegasi dari Pusat Tenaga ASEAN (ERIA) dan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA).

|   TERKINI

MESYUARAT MENTERI-MENTERI OPEC DAN BUKAN OPEC KALI KE-41

MESYUARAT MENTERI-MENTERI OPEC DAN BUKAN OPEC KALI KE-41

Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran) telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri OPEC dan bukan OPEC kali ke-41 (41st ONOMM) yang diadakan secara dalam talian pada...

baca lagi