Berita

Kunjungan Hormat daripada Mr. Masaru Saito, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan Tenaga Alam Sekitar di Mitsubishi Corporation
Isnin, 9 Jun 2025

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Hormat daripada Mr. Masaru Saito, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan Tenaga Alam Sekitar di Mitsubishi Corporation pada 9 Jun 2025 di Jabatan Perdana Menteri.

Semasa Kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan mengenai dengan bidang kerjasama dan perkara-perkara kepentingan bersama terutamanya mengenai kerjasama tenaga. Yang Mulia Dato dan Mr. Masaru Saito mengiktiraf kepentingan peralihan tenaga dan bekalan tenaga yang stabil untuk masa depan yang mampan dan berdaya tahan.

Negara Brunei Darussalam dan Jepun mempunyai komitmen lama dalam kerjasama tenaga sejak awal 1970-an di mana Jepun kekal sebagai destinasi utama untuk eksport LNG Brunei. Selain LNG, eksport Negara Brunei Darussalam ke Jepun juga kini telah berkembang termasuk minyak mentah, metanol dan urea.

|   TERKINI