Mesyuarat dua hala di antara Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Yang Terutama Dr. Nasser Alhamidi A-Dossary, Timbalan Menteri bagi Kerjasama dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Tenaga, Kerajaan Arab Saudi telahpun diadakan pada 25 November 2025 di Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah H. Al Buraithin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam dan Dr. Akram Jadawi, Pengurus Besar Perhubungan Antarabangsa di Kementerian Tenaga, Kerajaan Arab Saudi.
Pertemuan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkara yang kepentingan bersama dan meneroka peluang-peluang kerjasama dalam bidang tenaga. Tuan Yang Terutama berada di Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Brunei Darussalam – Arab Saudi kali ke-2, yang diadakan pada 25 hingga 26 November 2025.




