Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri telah menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Ramu Abbagani, Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam. Kunjungan Hormat tersebut diadakan pada 16 Disember 2025 di Jabatan Perdana Menteri.
Kunjungan Hormat tersebut tersebut memudahcara pertukaran pandangan dan maklumat mengenai bidang-bidang kepentingan bersama dalam sektor tenaga yang dinamik dan sentiasa berkembang, sekali gus menegaskan semula komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan Brunei–India secara menyeluruh dalam semangat persahabatan dan perkongsian.




