Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah pun mengongsikan mengenai dengan pengemaskinian tarif elektrik bagi sektor komersial dalam ulasan Menteri pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-22, Majlis Mesyuarat Negara pada 17 Mac 2026 yang mana:
- Kadar tarif semasa telah diteliti semula, khususnya bagi sektor komersial, iaitu dari bersifat “regresif” ke “progresif”, bagi menggalakkan penggunaan tenaga secara berhemah, menyokong pembiayaan sistem tenaga yang semakin berkembang, menjamin keterjaminan bekalan elektrik, serta memperkukuh keyakinan pelabur dan daya tarikan Negara terhadap pelaburan langsung asing (FDI).
- Perkara ini juga dinyatakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dalam kenyataan bagi belanjawan Tahun Kewangan 2026/2027 pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-22, Majlis Mesyuarat Negara pada 14 Mac 2026.
- Pengemaskinian tarif elektrik progresif bagi sektor komersial dicadangkan untuk dilaksanakan pada tahun 2028.




