Pengumuman

Arahan Tambahan (VI) bagi Keperluan (3/4) Tiga Suku Tahap Minima Tangki Bahan Api Kenderaan Bagi Kemasukan ke Negara Brunei Darussalam
Selasa, 31 Mac 2026

Sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memastikan jualan produk petroleum adalah dikawal secara berterusan, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri dengan ini mengumumkan Arahan Tambahan (VI) bagi Keperluan (3/4) Tiga Suku Tahap Minima Tangki Bahan Api Kenderaan Bagi Kemasukan ke Negara Brunei Darussalam. Pelaksanaan Arahan Tambahan ini akan dikuatkuasakan bersama oleh Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri; Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn. Bhd. dan disokong oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan. Arahan Tambahan (VI) ini bolehlah diakses melalui PAUTAN INI. 

|   TERKINI