Berita

Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Pengenalan daripada Charge d’Affaires, Kedutaan Besar Kuwait di Brunei Darussalam
Rabu, 1 April 2026

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Pengenalan daripada Mr. Abdullah Alibaid, Charge d’Affaires, Kedutaan Besar Kuwait di Brunei Darussalam. Kunjungan tersebut telah diadakan pada 1 April 2026, bertempat di Jabatan Perdana Menteri.

Pada kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak membincangkan mengenai dengan bidang kerjasama diantara Negara Brunei Darussalam dan Kuwait, khususnya dalam sektor tenaga. Sebagai pengeluar tenaga dengan ekonomi yang dipacu oleh sektor hidrokarbon, Brunei Darussalam dan Kuwait mempunyai keutamaan strategik yang memberi tumpuan kepada memaksimumkan nilai sumber minyak dan gas bagi persediaan untuk masa depan tenaga yang lebih pelbagai.

|   TERKINI

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran), telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi BVMW (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Jerman) pada 13 Ogos 2026....

baca lagi