Berita

Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Hormat daripada Duta Besar dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam
Rabu, 1 April 2026

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Tran Anh Vu, Duta Besar dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam. Kunjungan Hormat tersebut telah diadakan pada 1 April 2026 di Jabatan Perdana Menteri.

Semasa kunjungan hormat berkenaan, kedua-dua pihak membincangkan sektor-sektor berkepentingan bersama termasuk kerjasama tenaga, perdagangan minyak dan gas, dan bidang lain yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua belah pihak. Negara Brunei dan Darussalam dan Republik Sosialis Viet Nam mempunyai kerjasama tenaga dengan tumpuan bagi menggalakkan kerjasama dalam sektor tenaga. Kerjasama ini membentuk sebahagian daripada rangka kerja yang lebih luas bagi hubungan dua hala yang merangkumi perdagangan, pelaburan, pertanian, perikanan, pekerjaan, pendidikan dan pertahanan.

|   TERKINI