Berita

Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri Menerima Kunjungan Hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam
Isnin, 20 April 2026

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Weert Börner, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam. Kunjungan Hormat tersebut telahpun diadakan pada 20 April 2026 di Jabatan Perdana Menteri.

Pada kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai dengan landskap tenaga strategik yang sedang berkembang, peluang pasaran tenaga semasa serta keutamaan tenaga, termasuklah dalam memastikan keselamatan dan daya tahan tenaga jangka panjang. Perbincangan tersebut juga meneroka jalan prospektif untuk kerjasama tenaga masa depan diantara Negara Brunei Darussalam dan Jerman, khususnya dalam tenaga boleh diperbaharui, serta bidang kepentingan bersama lainnya yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai tenaga.

|   TERKINI

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran), telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi BVMW (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Jerman) pada 13 Ogos 2026....

baca lagi