Delegasi daripada Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Mulia Noor Dina Zharina binti Haji Yahya, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Huluan dan Hiliran) di Jabatan Perdana Menteri, telah menghadiri Mesyuarat Menteri Tenaga Hidrogen Ke-8 (8th Hydrogen Energy Ministerial Meeting, HEMM) dan Persidangan Pengeluar dan Pengguna LNG (LNG PCC) di Tokyo, Jepun. Turut menghadiri LNG PCC ialah Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Hj Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun.
Perbincangan memberikan tumpuan kepada pengukuhan keselamatan tenaga melalui hidrogen, ammonia dan LNG yang disokong oleh rantaian bekalan yang berdaya tahan, pelaburan infrastruktur dan dasar pemudah cara. Semasa mesyuarat HEMM, Negara Brunei Darussalam menekankan kepentingan pembangunan hidrogen di samping permintaan yang kukuh, pembeli yang berwibawa, kemahiran yang relevan, pembangunan infrastruktur dan ekosistem bersepadu yang teguh bagi memperkukuhkan keselamatan tenaga dan membuka peluang pertumbuhaan rendah karbon baharu.




