| BAHAGIAN NILAI TEMPATAN SEKTOR TENAGA
Bahagian Nilai Tempatan Sektor Tenaga berperan bagi memastikan sektor tenaga dapat menjana aktiviti spin-off yang memberi manfaat kepada pertumbuhan sosio-ekonomi Negara Brunei Darussalam, dengan memastikan perniagaan dan pekerja tempatan dapat mengakses peluang yang dijana daripada sektor tenaga.
Bahagian ini beroperasi berpandukan Arahan Perniagaan Tempatan 1 and Arahan Perniagaan Tempatan 2 yang dikeluarkan pada 2011 dan 2012 untuk memastikan pembangunan kapasiti yang mampan, keupayaan, kecekapan dan daya saing kontraktor dan pembekal tempatan untuk menyokong industri minyak dan gas negara, serta menyediakan asas yang kukuh bagi mengembangkan peluang di luar Brunei.
HUBUNGI KAMI
| PROGRAM
| i-USAHAWAN
Apa itu i-Usahawan?
Program Keusahawanan Belia yang bertujuan bagi membantu usahawan belia tempatan Brunei untuk memulakan, memiliki dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri dan mendapatkan kontrak pertama mereka dengan Kerajaan, Syarikat Pautan Kerajaan (GLC) dan Badan Berkanun. Maklumat lebih lanjut tentang i-Usahawan sila tekan.
OBJEKTIF
-
-
- Untuk menggalakkan usahawan muda tempatan untuk memulakan dan memiliki syarikat mereka sendiri
- Memberi peluang kepada belia tempatan untuk membangun dan memiliki perniagaan mereka sendiri
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan
- Untuk memberikan peluang kontrak dengan Operator Minyak dan Gas
-
KELAYAKAN
-
-
- Warganegara yang daripada 7 puak jati Negara Brunei Darussalam dan berumur di antara 18-40 tahun
- Tidak pernah menyertai kontrak Kerajaan, GLC atau Badan-Badan Berkanun.
- Ditubuhkan sebagai Sdn Bhd (selepas kontrak diberikan)
-
