Buku Panduan Solar PV di Atas Bumbung dan Program Net-Metering ini adalah sebagai bahan rujukan atau panduan bagi orang ramai yang berminat untuk menjana Tenaga Yang Boleh Diperbaharui mereka tersendiri. Buku Panduan ini mengandungi maklumat mengenai bagaimana awda boleh mula merancang bagi sistem Solar PV awda, bagaimana awda boleh menyertai Program Net-Metering, anggaran kos sistem Solar PV, dll. Buku Panduan ini adalah sebuah dokumen yang sentiasa dikemas kini dan disemak semula oleh Jabatan berdasarkan maklumat-maklumat terkini dan sebarang permintaan daripada orang ramai (jika ada). Klik di sini untuk melihat dokumen.
Lawatan daripada Pusat Tenaga ASEAN bagi 9th ASEAN Energy Outlook
Yang Mulia Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib, Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, mempengerusikan Lawatan Negara daripada Pusat Tenaga (ACE) ASEAN ke Negara Brunei Darussalam selaku Pegawai Kanan Tenaga (SOE) bagi Negara Brunei...




