Berita

Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri menerima lawatan kerja daripada Mr. Puah Kok Keong, Ketua Eksekutif Energy Market Authority (EMA), Republik Singapura dan delegasi
Rabu, 14 Mei 2025

Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, semalam menghoskan lawatan kerja Mr. Puah Kok Keong, Ketua Eksekutif Energy Market Authority (EMA), Republik Singapura dan delegasi. Sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut, Mr. Puah dan delegasi mengadakan Kunjungan Hormat dengan Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri. Perbincangan menyentuh mengenai kerjasama tenaga, terutamanya dalam Renewable Energy Cetificate (REC), teknologi rendah karbon, grid pintar dan daya tahan grid.

Sempena lawatan tersebut, Yang Mulia Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib, Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan sesi makan tengah hari korporate bagi mengalu-alukan lawatan Mr. Puah yang turut dihadiri Ketua-Ketua Bahagian dan pegawai-pegawai Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.

Lawatan kerja sehari itu juga termasuk lawatan ke Hab Tenaga Brunei, yang mempamerkan legasi minyak dan gas Brunei serta kepentingannya kepada pertumbuhan dan pembangunan negara.

|   TERKINI