Berita

Kunjungan Hormat Daripada Pesuruhjaya Tinggi India Ke Negara Brunei Darussalam
Selasa, 16 Disember 2025

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri telah menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Ramu Abbagani, Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam. Kunjungan Hormat tersebut diadakan pada 16 Disember 2025 di Jabatan Perdana Menteri.

Kunjungan Hormat tersebut tersebut memudahcara pertukaran pandangan dan maklumat mengenai bidang-bidang kepentingan bersama dalam sektor tenaga yang dinamik dan sentiasa berkembang, sekali gus menegaskan semula komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan Brunei–India secara menyeluruh dalam semangat persahabatan dan perkongsian.

|   TERKINI

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran), telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi BVMW (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Jerman) pada 13 Ogos 2026....

baca lagi