Berita

Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam
Selasa, 22 Julai 2025

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, semalam menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa Kunjungan Hormat tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai dengan kerjasama sedia ada, hubungan dua-hala dan potensi kerjasama dalam sektor tenaga antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China.

Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China menikmati hubungan dua-hala yang mesra dan rapat yang mana sektor tenaga merupakan salah satu sektor utama kerjasama strategik kedua-dua buah negara.

|   TERKINI

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran), telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi BVMW (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Jerman) pada 13 Ogos 2026....

baca lagi