Berita

Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Yutaka Kikuta, Duta Besar dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam
Khamis, 17 Julai 2025

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Yutaka Kikuta, Duta Besar dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai kerjasama sedia ada dan hubungan dua-hala dalam sektor tenaga.

Brunei Darussalam dan Jepun telah mempunyai kerjasama tenaga yang kukuh sejak awal 1970-an, dengan Jepun kekal sebagai destinasi utama untuk eksport LNG Brunei. Selain LNG, eksport Negara Brunei Darussalam ke Jepun kini telah berkembang dengan pengeksportan minyak mentah, methanol dan urea.

|   TERKINI

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran), telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi BVMW (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Jerman) pada 13 Ogos 2026....

baca lagi