Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri telah menerima Kunjungan Perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam pada 2 Disember 2025.
Semasa kunjungan tersebut, Yang Mulia Dato menzahirkan penghargaan ke atas dedikasi dan sumbangan Tuan Yang Terutama dalam memupuk persahabatan dua hala di antara kedua-dua buah negara sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan Yang Terutama.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China menikmati hubungan diplomatik yang mesra dan rapat yang diperkukuhkan melalui kerjasama strategik yang lebih luas serta pelaburan dalam sektor tenaga.




