Berita

Mesyuarat Asia Zero Emission Community Senior Officials’ Meeting kali pertama (ASOMI)
Sabtu, 24 Jun 2023

Mesyuarat Asia Zero Emission Community Senior Officials’ Meeting kali pertama (ASOMI) telahpun bersidang di Jakarta, Republik Indonesia pada 24hb Jun 2023. Hadir pada Mesyuarat tersebut selaku Ketua Delegasi dari Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ahli Rasmi Kanan AZEC (Ahli ASOM) Negara Brunei Darussalam.

Mesyuarat telah dirasmikan dengan Ucapan Khas oleh Tuan Yang Terutama Arifin Tasrif, Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Republik Indonesia yang kemudiannya diikuti dengan Ucapan Perasmian oleh Mr. Ryo Minami, Ahli ASOM Jepun. Semasa mesyuarat itu, Jepun sebagai perintis inisiatif Komuniti Sifar Pelepasan Asia (AZEC) mengumumkan sokongan mereka dalam bidang pemindahan teknologi, kewangan dan sumber manusia.

Bagi menyokong rangka kerja Sifar Bersih, Jepun juga telah membentangkan tiga kajian kes mengenai Pelan Induk Hidrogen dan Ammonia AZEC-1, 2) Pemahaman Bersama dan Piawaian Teknologi untuk CCS dan 3) Promosi lanjut Mekanisme Kredit Bersama. Delegasi peringkat tinggi mesyuarat dan peserta membincangkan dan memberi pandangan mengenai sokongan dan penyelarasan dasar di bawah AZEC.

Mesyuarat tersebut menghimpunkan ahli ASOM dari ASEAN, Jepun, Australia serta delegasi dari Pusat Tenaga ASEAN (ERIA) dan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA).

|   TERKINI

Tarif Elektrik bagi Sektor Komersial Dikemaskini

Tarif Elektrik bagi Sektor Komersial Dikemaskini

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah pun mengongsikan mengenai dengan pengemaskinian tarif elektrik bagi sektor komersial...

baca lagi
Minggu Tenaga India kali ke-4 (IEW 2026)

Minggu Tenaga India kali ke-4 (IEW 2026)

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menghadiri Minggu Tenaga India kali ke-4 (IEW 2026) yang diadakan pada 27 hingga 20 Januari 2026 di Goa, India. Turut hadir ialah wakil...

baca lagi