Berita

Mesyuarat Sustainable Fuels and the 7th Hydrogen Energy Peringkat Menteri (HEMM) kali ke-7
Isnin, 15 September 2025

Delegasi daripada Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi Bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, telahpun menghadiri Sustainable Fuels and the 7th Hydrogen Energy Ministerial Meeting (HEMM) kali ke-7 yang diadakan pada 15 September 2025 di Osaka, Jepun.

Dalam ucapannya pada mesyuarat HEMM, Yang Mulia Dato, menekankan potensi hidrogen dalam pengeluaran methanol dan ammonia, khususnya dalam menyokong “carbon capture utilization”. Beliau menekankan kepentingan strategik hidrogen kepada Pelan Tindakan Ekonomi Brunei, yang mengutamakan industri hiliran. Selain itu, beliau menyatakan fungsi hidrogen dalam memacu penyahkarbonan sektor kuasa elektrik pada masa yang sama mengekalkan dan mempelbagaikan sektor hiliran.

Mesyuarat HEMM membincangkan potensi pertumbuhan kukuh sektor tenaga — dengan permintaan dijangkakan berkembang empat kali ganda menjelang 2035. Tinjauan ini didorong oleh pelaksanaan rangka kerja sifar bersih IMO, yang dijangka mempercepatkan pengambilan bahan api mampan dalam perkapalan global. Cabaran utama seperti kos yang tinggi, infrastruktur terhad dan keperluan untuk piawaian yang diselaraskan terus membentuk laluan ke hadapan untuk bahan api yang mampan.

Mesyuarat Menteri didahului dengan mesyuarat dua hala diantara Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM dan Mr. Murase Yoshifumi, Pesuruhjaya Agensi Sumber Asli dan Tenaga (ANRE), METI Jepun. Semasa mesyuarat dua hala tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai Pelan Tenaga Strategik Jepun ke-7 dan hala tuju dasar tenaga jangka panjang Negara Brunei Darussalam.

|   TERKINI

Syarikat Brunei Methanol Raikan 15 Tahun Penubuhan

Syarikat Brunei Methanol Raikan 15 Tahun Penubuhan

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja (B) Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-15 Syarikat Brunei Methanol (BMC), selakuTetamu...

baca lagi