Berita

Minggu Tenaga India kali ke-4 (IEW 2026)
Selasa, 27 Januari 2026

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menghadiri Minggu Tenaga India kali ke-4 (IEW 2026) yang diadakan pada 27 hingga 20 Januari 2026 di Goa, India. Turut hadir ialah wakil  daripada Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri dan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam.

Diadakan di bawah naungan Kementerian Petroleum dan Gas Asli India dengan anjuran bersama oleh Persekutuan Industri Petroleum India (FIPI) dan dmg events, IEW 2026 menghimpunkan pemimpin tenaga global untuk bertukar-tukar pandangan, memupuk kerjasama dan meneroka penyelesaian strategik untuk menghadapi cabaran tenaga yang mendesak. Tema utama termasuk kerjasama tenaga, peralihan tenaga, inovasi tenaga, dan mobilisasi pelaburan tenaga, yang selaras dengan agenda kelestarian Negara Brunei Darussalam.

IEW 2026 menyerlahkan pendekatan peralihan tenaga pragmatik yang mengimbangi keselamatan tenaga dengan pertumbuhan mampan – pendekatan yang relevan dengan Brunei, di mana kepelbagaian kepada teknologi boleh diperbaharui dan teknologi baharu boleh berkembang seiring dengan peranan berterusan bahan api konvensional untuk memastikan kebolehpercayaan, kemampuan dan daya tahan ekonomi.

|   TERKINI