Berita

Naik Taraf Sistem Meter Prabayar
Sabtu, 19 November 2022

Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa JPE akan menjalankan kerja-kerja menaik taraf sistem meter prabayar pada hari Isnin, 26hb Rabiulakhir 1444 bersamaan 21 November 2022 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang.

Semasa kerja-kerja menaik taraf tersebut, semua pembelian token prabayar melalui Mesin Deposit Tunai (CDM), Powerkad, SMS DST dan perbankan dalam talian akan terjejas.

Oleh itu, DES ingin menasihati pelanggannya yang ingin membeli token meter prabayar untuk berbuat demikian sebelum kerja menaik taraf.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Darussalam 123.

|   TERKINI

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran), telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi BVMW (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Jerman) pada 13 Ogos 2026....

baca lagi