PAS KEBENARAN KHAS PEKERJA (SAWP)
Pas Kerja Syarikat Minyak dan Gas yang berkeinginan untuk mengambil pekerja asing melalui perkhidmatan kontrak dan kerja-kerja teknikal dalam sektor Minyak dan Gas bagi jangka masa yang pendek (maksimum 12 bulan) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat sokongan SAWP daripada Jabatan Tenaga sebelum membuat permohonan kebenaran SAWP daripada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Permohonan ini adalah bagi mana-mana profesional yang ingin datang ke Negara Brunei Darussalam sebagai tenaga kerja profesional ataupun mempunyai kepakaran yang diperlukan dalam sektor Minyak dan Gas bagi tempoh jangka masa yang pendek. Ini termasuklah latihan, projek jangka pendek, dan kerja-kerja segera.
CARA MEMOHON
- Langkah 1:
Surat permohonan SAWP bolehlah dihadapkan ke Jabatan Tenaga melalui e-mel di alamat: sawp.application@energy.gov.bn
- Langkah 2:
Surat sokongan SAWP akan dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga dan pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel
- Langkah 3:
Menyertakan surat sokongan daripada Jabatan Tenaga ketika menghadapkan permohonan kebenaran SAWP kepada Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Surat Permohonan
- Surat Sokongan daripada Pemilik Kontrak/Kontraktor Utama
- Templat Excel Lampiran 1
*Disclaimer: Borang-borang bolehlah dimuat turun melalui ruang muat turun.
TPOR
- 4 Hari Berkerja
