Pendaftaran Sebagai Pembekal Berdaftar di Bawah Akta Kecekapan Tenaga (Standard dan Pelabelan), Penggal 223
Akta Kecekapan Tenaga (Standard dan Pelabelan), Penggal 233 (SLA) telah dikuatkuasakan sejak 14 Januari 2023. Akta ini mengawal selia pengimportan dan pembekalan peralatan elektrik di Negara Brunei Darussalam bagi memastikan peralatan tersebut memenuhi Piawaian Kecekapan Tenaga Minimum (MEPS). Pada masa ini, Akta tersebut hanya mengawal selia pendingin hawa dengan kapasiti penyejukan 7.1 kW dan ke bawah, dan akan diperluaskan kepada peralatan elektrik lain pada masa akan datang.
Syarikat yang berhasrat untuk mengimport atau membekalkan peralatan yang dikawal selia mestilah terlebih dahulu mendaftar sebagai Pembekal Berdaftar di bawah Akta ini.
CARA MEMOHON
Pembekal boleh mengemukakan permohonan melalui langkah-langkah berikut:
- Langkah 1:
Mengemukakan borang pendaftaran yang lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Jabatan Tenaga melalui e-mel di effieciency.energy@energy.gov.bn.
- Langkah 2:
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.
