Berita

Syarikat Brunei Methanol Raikan 15 Tahun Penubuhan
Khamis, 11 September 2025

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja (B) Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-15 Syarikat Brunei Methanol (BMC), selakuTetamu Kehormat.  Majlis diadakan pada 11 September 2025 di Dewan Indera Samudra, The Empire Brunei. Turut hadir ialah Duta Besar-Duta Pesar dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi; Yang Mulia Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi); dan wakil serta pemegang saham daripada Syarikat Mitsubishi Gas Chemical dan Itochu Corporation.

Pada sebelah petang BMC mengadakan Forum bertemakan “Sustainable Methanol”, yang menghimpunkan pemimpin industri, wakil kerajaan dan pakar-pakar untuk membincangkan masa depan methanol karbon rendah. Yang Mulia Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menyampaikan ucapan pembukaan sebagai Tetamu Khas di forum tersebut. Forum memberi tumpuan kepada peralihan Negara Brunei Darussalam ke arah ekonomi yang lebih mampan dan pelbagai, meletakkan methanol sebagai bahan bakar bersih yang mampu memicu pertumbuhan hijau bagi masa depan negara. Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri juga ikut serta dalam membentangkan topik bertajuk “Memacu Kepelbagaian Ekonomi Melalui Metanol” semasa forum tersebut.

|   TERKINI