Berita

Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam.
Rabu, 27 Mei 2026

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam. Kunjungan Hormat tersebut telahpun diadakan pada 27 Mei 2026 di Jabatan Perdana Menteri.

Semasa kunjungan hormat tersebut itu, kedua-dua belah pihak merakamkan penghargaan atas hubungan dua hala yang kukuh dan sekian lama terjalin dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk perubahan iklim, peralihan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui. Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 24 Ogos 2022, memfokuskan kepada tenaga dan ekonomi hijau.

|   TERKINI

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran), telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi BVMW (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Jerman) pada 13 Ogos 2026....

baca lagi