Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Pengenalan daripada Mr. Abdullah Alibaid, Charge d’Affaires, Kedutaan Besar Kuwait di Brunei Darussalam. Kunjungan tersebut telah diadakan pada 1 April 2026, bertempat di Jabatan Perdana Menteri.
Pada kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak membincangkan mengenai dengan bidang kerjasama diantara Negara Brunei Darussalam dan Kuwait, khususnya dalam sektor tenaga. Sebagai pengeluar tenaga dengan ekonomi yang dipacu oleh sektor hidrokarbon, Brunei Darussalam dan Kuwait mempunyai keutamaan strategik yang memberi tumpuan kepada memaksimumkan nilai sumber minyak dan gas bagi persediaan untuk masa depan tenaga yang lebih pelbagai.




