Berita

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam
Isnin, 20 April 2026

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Hormat daripada Puan Yang Terutama Naureen Ahsan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam pada 20 April 2026 di Jabatan Perdana Menteri.

Pada sesi kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai dengan bidang kepentingan bersama terutamanya dalam kerjasama tenaga, dengan memberi tumpuan khusus kepada bekalan tenaga yang berpotensi dalam memudahkan pertukaran peringkat tinggi diantara pegawai-pegawai tinggi tenaga.

Penglibatan ini berdasarkan rangka kerja dua hala yang sedia ada, termasuklah Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Tenaga yang telah ditandatangani diantara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat Bangladesh pada 16 Oktober 2022

|   TERKINI