| BAHAGIAN PERALIHAN TENAGA
Bahagian Peralihan Tenaga bertanggungjawab dalam pembangunan dasar dan pelaksanaan inisiatif dan projek teras Tenaga Lestari, khususnya projek kecekapan dan pemuliharaan tenaga dan tenaga yang boleh diperbaharui. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua projek adalah menjurus ke arah kelestarian ekonomi dan alam sekitar.
Unit Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (RE)
Unit Tenaga Boleh Diperbaharui bertanggungjawab untuk merangka dasar serta memacu pelan, program dan projek yang berkaitan dengan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) di Negara Brunei Darussalam. Unit ini menyelia kemajuan projek Tenaga Boleh Diperbaharui (sama ada di luar grid mahupun yang bersambung ke grid) dengan memantau kemajuan secara aktif serta memudahkan perlaksanaannya.
Unit Kecekapan dan Penjimatan Tenaga (EEC)
Unit Kecekapan dan Penjimatan Tenaga (EEC) bertanggungjawab untuk mempromosikan penerapan amalan kecekapan tenaga serta memudah cara pelaksanaan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pelan tindakan kecekapan dan penjimatan tenaga, ke arah pengurangan penggunaan tenaga dan penggunaan tenaga yang lebih cekap di seluruh negara.
Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Unit Penyelidikan dan Pembangunan bertanggungjawab untuk mendukung peralihan tenaga Negara Brunei Darussalam melalui penyelidikan, analisis dan pembangunan dasar. Peranan dan tanggungjawab unit ini adalah untuk meneroka pilihan tenaga rendah karbon alternatif, menilai teknologi dan trend-trend terkini, dan membangun rangka kerja serta dasar-dasar yang mengukuhkan kapasiti tenaga kerja yang berkaitan selaras dengan Blueprint kebangsaan yang berkenaan.
HUBUNGI KAMI
PERKHIDMATAN
- TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI
- KECEKAPAN DAN PENJIMATAN TENAGA
