PROGRAM NET METERING

Program Net Metering

Program Net-metering adalah mekanisme yang membolehkan lebihan tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sistem Solar PV untuk dieksport ke grid nasional untuk pertukaran kredit tenaga.

KELAYAKAN

  • Pemohon adalah pelanggan yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE).
  • Pemohon adalah bebas dari tunggakan bil elektrik sebelum membuat pemasangan Net-metering.
  • Hanya dihadkan kepada pemasangan Solar PV dengan kapasiti minima 1kW dan tidak melebihi daripada 1MW atau 1000kW.
  • Program Net-metering adalah terbuka kepada semua kategori dalam struktur tarif berikut:
        • Sektor Perumahan
        • Sektor Kerajaan
        • Sektor Komersial
        • Sektor Perindustrian
  • Tenaga elektrik hendaklah dihasilkan daripada teknologi Solar PV sahaja.
  • Pengguna yang telah didapati melakukan kesalahan di bawah Electricity Act, Chapter 223 yang berkaitan adalah tidak berkelayakan untuk memohon Program Net-metering.

CARA MEMOHON

Orang awam (sektor perumahan, kerajaan, komersial, perindustrian) yang berminat boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1:

Pengguna perlulah melantik sendiri Kontaktor atau Pemasang bagi proses permohonan Net-metering.

  • Langkah 2:

Kontraktor atau Pemasang hendaklah melengkapkan dan menyediakan semua dokumen serta sijil yang berkaitan dengan Net-metering sebelum menghantar permohonan tersebut kepada Jabatan Tenaga.

 

Pemohonan bolehlah merujuk kepada Garis Panduan Net-metering untuk maklumat lanjut.

    MUAT TURUN