Berita

Kunjungan Pengenalan Daripada Duta Thailand ke Negara Brunei Darussalam
Khamis, 24 September 2026

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran), telah menerima sebuah Kunjungan Pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Akrapong Chalermnon, Duta Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam pada 24 September 2026 di Jabatan Perdana Menteri.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam Sektor Tenaga yang sedia ada di antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand, serta meneroka peluang bagi memperkukuhkan lagi kerjasama seperti dalam pembangunan sektor hiliran rendah karbon.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 12 Mei 2026.

|   TERKINI

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Perniagaan Jerman

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran), telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi BVMW (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Jerman) pada 13 Ogos 2026....

baca lagi