Lesen Pekerja Asing (LPA)
Syarikat Pengendali Minyak dan Gas yang berhasrat untuk mengambil pekerja asing sebagai pekerja bagi jangka masa yang panjang atau tetap hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat sokongan LPA daripada Jabatan Tenaga sebelum membuat permohonan kebenaran daripada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Permohonan ini adalah bagi mana-mana profesional yang ingin datang ke Negara Brunei Darussalam bagi tujuan untuk bekerja di dalam bidang kepakaran yang diperlukan dalam sektor Minyak dan Gas atau projek jangka masa yang panjang.
CARA MEMOHON
- Langkah 1:
Surat permohonan LPA bolehlah dihadapkan ke Jabatan Tenaga melalui e-mel di alamat: lpa.application@energy.gov.bn
- Langkah 2:
Surat sokongan LPA akan dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga dan pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel
- Langkah 3:
Menyertakan surat sokongan daripada Jabatan Tenaga ketika menghadapkan permohonan kebenaran LPA kepada Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Surat Permohonan
- Templat Excel Lampiran 1
*Disclaimer: Borang-borang bolehlah dimuat turun melalui ruang muat turun.
TPOR
- 5 Hari Berkerja
