Visa Lawatan Profesional (PVV)
Syarikat Minyak dan Gas yang berhasrat untuk mengambil pekerja asing yang melibatkan kerja bukan teknikal dalam sektor Minyak dan Gas bagi jangka masa yang pendek adalah dikehendaki bagi membuat permohonan bagi Mendapatkan surat sokongan PVV daripada Jabatan Tenaga.
la adalah bagi mana-mana profesional yang ingin datang ke Negara Brunei Darussalam bagi tujuan kerja profesional atau kepakaran yang diperlukan dalam sektor Minyak dan Gas untuk tempoh jangka masa yang pendek. Ini termasuk mesyuarat, Perundingan dan Latihan.
Permohonan ini adalah bagi mana-mana profesional yang ingin datang ke Negara Brunei Darussalam bagi tujuan untuk bekerja di dalam bidang kepakaran yang diperlukan dalam sektor Minyak dan Gas atau projek jangka masa yang panjang.
CARA MEMOHON
- Langkah 1:
Surat permohonan PVV bolehlah dihadapkan ke Jabatan Tenaga melalui e-mel di alamat: pvv.application@energy.gov.bn
- Langkah 2:
Surat sokongan PVV akan dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga dan pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel
- Langkah 3:
Menyertakan surat sokongan daripada Jabatan Tenaga ketika menghadapkan permohonan kebenaran PVV kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Surat Permohonan
- Surat Sokongan daripada Pemilik Kontrak/Kontraktor Utama
- Templat Excel Lampiran 1
*Disclaimer: Borang-borang bolehlah dimuat turun melalui ruang muat turun.
TPOR
- 4 Hari Berkerja
