Mesyuarat tahunan Menteri – Menteri Tenaga ASEAN dan Mesyuarat-Mesyuarat Yang Berkaitan Dengannya telah diadakan secara dalam talian (online) pada 13 hingga 16 September 2022. Diadakan buat kali ke-40, Mesyuarat tersebut telah dihoskan dan dipengerusikan oleh Kerajaan Kemboja. Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN kali ke-40 dan Mesyuarat yang Berkaitan Dengannya (AMEM kali ke-40) telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, Perdana Menteri, Kerajaan Kemboja, pada 15 September 2022. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Tenaga ASEAN dan Ketua Delegasi dari rakan-rakan dialog dan organisasi-organisasi antarabangsa.
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah diberikan kehormatan untuk menyampaikan ucapan selaku Outgoing Chair bagi Mesyuarat AMEM. Dalam ucapan tersebut, Yang Berhormat Pehin telah menekankan pentingnya usaha kolektif berterusan di rantau ASEAN dalam memajukan sektor tenaga, yang termasuk inisiaitf-inisiatif yang diterajui oleh Negara Brunei Darussalam semasa menjadi pengerusi bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN kali ke-39 pada tahun 2021. Salah satu pencapaian utama tersebut adalah pengesahan Deklarasi “Bandar Seri Begawan Joint Declaration of the 39th ASEAN Ministers on Energy Meeting on Energy Security and Energy Transition”, yang menegaskan pentinganya untuk memastikan jaminan tenaga dan mempercepat peralihan tenaga, serta, pentingnya kerjasama sektoral untuk sama-sama memajukan usaha pembangunan Komuniti ASEAN, khususnya Komuniti Ekonomi ASEAN. Yang Berhormat Pehin, seterusnya menyerahkan kepengerusian Mesyuarat AMEM kepada Tuan Yang Terutama, Suy Sem, Menteri Perlombongan dan Tenaga, Kerajaan Kemboja, sebagai Pengerusi Mesyuarat AMEM kali ke-40.
Mesyuarat AMEM kali ke-40 yang bertemakan ‘Accelerating Energy Transition: Economic Recovery and Sustainable Growth’, telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama, Suy Sem, Menteri Perlombongan dan Tenaga, Kerajaan Kemboja. Mesyuarat antaralainnya membincangkan perkembangan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di bawah Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN Fasa Kedua Tahun 2021 2025, termasuk bidang-bidang program yang berkaitan dengannya iaitu ASEAN Power Grid, Trans-ASEAN Gas Pipeline, Coal and Clean Coal Technology, Energy Efficiency and Conservation, Renewable Energy, Regional Energy Policy and Planning dan Civilian Nuclear Energy.Aktiviti-aktiviti ini dihasratkan akan menyumbang kepada merealisasikan matlamat Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan ASEAN Vision 2025. Civilian Nuclear Energy.
Acara sampingan Mesyuarat AMEM kali ke-40 juga menyaksikan acara pelancaran bagi dua dokumen (2) yang telah diterbitkan iaitu: (i) the 7th ASEAN Energy Outlook (AEO7); dan (ii) 2nd ASEAN Renewable Energy Outlook.
Mesyuarat AMEM kali ke-40 juga menyaksikan pengesahan tiga (3) Kenyataan Bersama iaitu: (i) Joint Ministerial Statement on the 40th ASEAN Ministers on Energy Meeting; (ii) Joint Ministerial Statement on the 19th ASEAN Ministers’ on Energy Meeting Plus Three; dan (iii) Joint Ministerial Statement on the 16th East Asia Summit Energy Ministers’ Meeting.
Mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Mesyuarat AMEM kali ke-40 yang telah berlangsung pada 15 hingga 16 September 2022, adalah Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Campur 3 kali ke-19 (19th ASEAN+3); Mesyuarat Kemuncak Asia Timur Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (East Asia Summit Energy Ministerial Meeting) kali ke-16 (16th EAS EMM); Sesi Dialog di antara Menteri-Menteri Tenaga ASEAN dan International Renewable Energy Agency (IRENA) kali ke-6 (6th AMEM IRENA); dan, Sesi Dialog di antara Menteri-Menteri Tenaga ASEAN dan International Energy Agency (IEA) kali ke-8 (8th AMEM – IEA).
Acara sampingan lain yang juga telah diadakan adalah 5th East Asia Energy Forum (5th EAEF) dan ASEAN Energy Business Forum 2022 (AEBF).




