Berita

Kunjungan Hormat Daripada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British Ke Negara Brunei Darussalam
Rabu, 26 November 2025

Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri telah menerima Kunjungan Hormat daripada Mr. Ken O’Flaherty, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam. Kunjungan Hormat tersebut diadakan pada 26 November 2025 di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir bagi mengiringi Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ialah Mr. Shozey Jafferi, Ketua Peralihan Tenaga di Jabatan Perniagaan dan Perdagangan UK dan Mr. Richard Burch, Ketua Tenaga Bersih bagi Asia Pasifik di Jabatan Perniagaan dan Perdagangan UK, Konsulat British di Melbourne, Australia.

Semasa Kunjungan Hormat tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai dengan potensi kerjasama dalam sektor tenaga seperti Penyahkarbonan (Decarbonisation) dan Rangka Kerja Ekonomi Hijau UK-Brunei.

Kunjungan Hormat berkenaan menunjukkan hubungan diplomatik yang telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom yang merangkumi pelbagai bidang kerjasama.

|   TERKINI

MESYUARAT MENTERI-MENTERI OPEC DAN BUKAN OPEC KALI KE-41

MESYUARAT MENTERI-MENTERI OPEC DAN BUKAN OPEC KALI KE-41

Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran) telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri OPEC dan bukan OPEC kali ke-41 (41st ONOMM) yang diadakan secara dalam talian pada...

baca lagi